FMT Reporters
PETALING JAYA: Majlis Raja-Raja Melayu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan Covid-19 di Malaysia, menurut sebuah laporan.
Memetik sumber, The Straits Times Singapura berkata pertemuan sembilan ketua keluarga diraja itu akan diadakan di Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin politik dalam masa beberapa hari lagi.
Difahamkan, pertemuan itu diatur hanya beberapa hari lalu berikutan krisis memerangi Covid-19, program vaksinasi yang lembab ditambah desakan mahukan darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang semula.
“Ini bukan Persidangan Raja-raja, sebaliknya mesyuarat tergempar khas,” kata sumber kepada akhbar berkenaan tanpa mengulas lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan