"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan sejenis diberkas pakai seluar dalam

WARTAWAN LUAR NEGARA

BANDA ACEH: Pihak polis berjaya memberkas pasangan sesama jenis yang berdua-duan di dalam bilik yang terletak di tingkat dua sebuah salon di Jalan Teuku Umar.

Tribunnews melaporkan, ketika serbuan dilakukan, MH, 31 yang bekerja di salon itu sedang mengurut seorang lelaki dikenali sebagai AZ, 23, dan kedua-dua mereka hanya memakai seluar dalam.

Aktiviti itu terbongkar selepas pihak polis menerima aduan daripada penduduk setempat.

“Salon itu pernah diberi amaran banyak kali sebelum ini, namun tetap beroperasi.

“Premis itu beroperasi dengan mengaburi mata orang ramai menawarkan perkhidmatan mendandan rambut tetapi menjalankan aktiviti mengurut,” kata polis.

Ketika disoal siasat, pasangan itu belum sempat melakukan seks kerana sudah diserbu oleh pihak berkuasa.

Bukti itu diperoleh hasil perbualan mereka dalam sebuah aplikasi yang diselidik oleh pihak berkuasa.

Kesalahan mereka itu jelas melanggar undang-undang Islam di bandar itu.

-Utusan Malaysia 

Tiada ulasan: