"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Menteri kagum dengan keberanian bekas Pengerusi LGM

Bekas Menteri kagum dengan keberanian bekas Pengerusi LGM

Bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok melahirkan rasa kagum di atas keberanian dan ketabahan bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ahmad Nazlan Idris yang bertindak di atas landasan yang betul.

Ini berikutan kesediaan Ahmad Nazlan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC).

Ahli Parlimen Jerantut itu dijangka mnemberikan penjelasan berkaitan kerana namanya telah dikaitkan sebagai Pengerusi LGM dalam isu terbabit.

Teresa turut menegaskan hartanah dan dana LGM haruslah diqunakan khas untuk tujuan penyelidikan getah dan penambahbaikan industri getah Malaysia.

“Saya juga gembira melihat SPRM menjalankan siasatan yang serius terhadap isu ini.

“Akta LGM 1996 adalah salah satu undang-undang yang paling komprehensif dari segi perlindungan aset LGM” katanya.

Jelas Teresa, segala kesalahan yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak mnestilah dikesani kerana aset LGM dimiliki rakyat, ia tidak patut dijual oleh mana-mana ahli politik dan peniaga yang tamak.

Ahmad Nazlan dijadualkan memberi keterangan selama dua hari lagi kepada SPRM berhubung isu tanah melibatkan agensi kerajaan itu demi membersihkan namanya sendiri.

Beliau tidak kisah siasatan mengambil masa yang lama kerana tuduhan tidak adil telah dilemparkan terhadapnya, kononnya terlibat dengan isu tanah berkenaan sedangkan beliau sendiri menentangnya.

Berita Penuh : https://www.gemilangdaily.com/bekas-menteri-kagum-dengan-keberanian-bekas-pengerusi-lgm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tiada ulasan: