"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peristiwa Memali Haji Hadi enggan ulas pada sidang media bersama Dr M

Hariz Mohd
story-image
Presiden PAS Abdul Hadi Awang enggan mengulas mengenai peristiwa Memali ketika hadir sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Itu di luar daripada format kita," kata ahli parlimen Marang itu ketika ditanya pemberita selepas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menjelaskan pakatannya bersama Abdul Hadi kini demi perjuangan orang Melayu.

"Dia (Abdul Hadi) Melayu, saya Melayu, kita kerjasamalah.

"Dia PAS, saya bekas Umno," kata Mahathir.

Pada Mei lalu, PAS secara rasmi memberikan sokongan kepada inisiatif Proklamasi Orang Melayu yang diawali Mahathir.

Sehubungan itu, Tragedi Memali pada 19 November 1985 - yang meragut 18 nyawa - menjadi modal di media sosial untuk menyerang PAS dan Abdul Hadi.

Tragedi Memali merujuk kepada perselisihan antara penyokong PAS dan pendakwah Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, dengan pihak polis di Baling, Kedah.

Pertembungan antara mereka menyebabkan 14 orang awam, termasuk Ibrahim dan empat anggota polis terbunuh.

Dr Mahathir ialah perdana menteri ketika itu.

PAS mempersalahkan Mahathir berhubung apa yang berlaku, manakala bekas perdana menteri itu pula mendakwa ia sebenarnya adalah kesalahan Hadi - yang didakwa meniupkan keganasan melalui "Amanat Hadi" pada 1981.

PAS mendakwa Operasi Angkara dilancarkan pihak keselamatan ketika itu bermotifkan politik bagi membendung pengaruh Ibrahim yang luas dalam pengikut PAS.

Anggota PAS yang terkorban dianggap syahid oleh PAS.

Ketika menjalin hubungan dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN) pada 2019, Abdul Hadi turut ditanya mengenai Memali.

Kata presiden PAS, semua isu yang menghalang kerjasama itu dapat diatasi.

“Ia kerana kepentingan nasional mengatasi kepentingan Memali, (mengatasi) kepentingan peribadi,” katanya.

“Alhamduillah. Orang Memali pun terima Umno," jelasnya pada 21 Jun 2019.

Bagaimanapun, pada era kerjasama MN, Mahathir telah berada di luar Umno memimpin parti Pejuang.

Tiada ulasan: