"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM buka kertas siasatan, teliti dokumen PN terima dana judi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan untuk meneliti dokumen-dokumen yang diterima dalam satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana dari syarikat judi dalam kempen PRU15.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenalpasti dan menyiasat latar belakang syarikat-syarikat yang dinyatakan dalam aduan tersebut.

Tindakan itu susulan seorang individu pada 30 Mei lalu tampil membuat laporan kepada SPRM disokong oleh dokumen tertentu.

Individu itu juga menggesa siasatan terhadap dakwaan PN menerima dana daripada syarikat-syarikat perjudian yang juga digunakan untuk kempen pilihan raya.

Tiada ulasan: