"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buat ‘kerja sambilan’ pandu lori, JPJ tahan remaja 13 tahun

FMT Reporters
Remaja 13 tahun itu dikesan turut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan lori, kata Pengarah JPJ Selangor, Khairul Khar Yahya. (Gambar JPJ)
PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 13 tahun ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Shah Alam, semalam kerana dikesan memandu lori, yang didakwa sebagai kerja sambilannya.

Penahanan itu dilakukan kira-kira 12.20 tengah hari selepas pihak berkuasa mengesan lori jenis ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah JPJ negeri, Khairul Khar Yahya, berkata pemeriksaan lanjut pihaknya kemudian mendapati lori tanpa muatan itu dinaiki dua remaja lelaki yang juga adik-beradik.

“Siasatan awal mendapati remaja itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori milik syarikat keluarganya. Remaja tersebut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan.

“Selain memandu di bawah umur, kita mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) dan tiada tanda had laju,” katanya, menurut Kosmo.

Khairul Khar berkata, pihaknya menyita lori itu mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok bagi tindakan lanjut.

“Memandu di bawah umur juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 akta sama,” ujarnya.

Tiada ulasan: