"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu tunggal dakwa anak 6 tahun didera guru pra sekolah

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
AIZA Salzul Hanira menunjukkan laporan polis mengenai kecederaan yang dialami anaknya akibat didera guru pra sekolah di Jelapang semasa sidang media di Ipoh. FOTO  L Manimaran
AIZA Salzul Hanira menunjukkan laporan polis mengenai kecederaan yang dialami anaknya akibat didera guru pra sekolah di Jelapang semasa sidang media di Ipoh. FOTO L Manimaran
Ipoh: Seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang di sini, sejak September tahun lalu.

Aiza Salzul Hanira Zulkapli, 42, mendakwa guru berusia 30-an itu memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi anak lelakinya sehingga meninggalkan kesan lebam teruk.

Menurut ibu tunggal itu, dia sudah membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan mengadu kepada guru besar sekolah berkenaan pada September lalu, namun dakwanya tiada tindakan diambil terhadap guru wanita itu sehingga kini.

"Walaupun aduan dibuat, anak saya memberitahu bahawa guru terbabit masih merotan dan memukul kepalanya setiap hari atas alasan tidak buat kerja rumah sehingga dia takut untuk pergi ke sekolah.

"Saya bawa berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan doktor mengesahkan anak saya mengalami 'acute stress disorder', selain ada kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan.

"Laporan SISPAA mengatakan tiada sentuhan fizikal dilakukan terhadap anak saya. Saya sedih dan hilang sabar kerana kes ini seakan ditutup," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Perak merangkap Naib Presiden Gerakan, Chek Kwong Weng.

Aiza Salzul berkata, kecewa dengan SISPAA, Aiza Salzu turut membuat tiga laporan polis pada 8 dan 14 Disember tahun lalu serta 16 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika digunakan berkata, pihaknya akan menyemak semula laporan dibuat wanita itu.

Tiada ulasan: