"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima beranak hilang selepas keluar rumah Jumaat

BERNAMA
GAMBAR tular di media sosial mengenai kehilangan Anis Huda. FOTO Tular
Sepang: Polis giat menjalankan usaha mengesan lima sekeluarga, iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini berkata, laporan kehilangan keluarga itu dibuat hari ini oleh adik kepada wanita berusia 37 tahun yang didakwa hilang bersama suami dan tiga kanak-kanak, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Menurut laporan, kesemua mereka keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Alza WWT 8248 berwarna kelabu pada 11.30 malam, 17 Januari lalu.

"Pada 19 Januari, pengadu menerima satu rakaman video daripada kakaknya menyatakan beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat dan berada di satu lokasi kawasan perkhemahan yang tidak dinyatakan.

"Bagaimanapun, pihak polis masih dalam tindakan untuk mengesan kakak pengadu dan keluarga bagi siasatan lanjut," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai keberadaan lima sekeluarga itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Kamaruzaman Shamsuddin menerusi talian 03-83182222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang 03-87774222.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kehilangan mereka dengan pengguna Instagram hudaamirhamzah, adik kepada wanita berkenaan turut memuat naik perkembangan mengenai insiden berkenaan di laman sosialnya.

Tiada ulasan: