Reuters
New Delhi: Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditahan di Mumbai, India pada Ahad, selepas disyaki menjadi suspek utama kes tikam bintang Bollywood, Saif Ali Khan, kata polis India.
Serangan Khamis ke atas Saif, salah seorang bintang India yang ternama, mengejutkan industri perfileman negara dan penduduk Mumbai.
Menurut doktor, Saif sudah dibenarkan keluar dari hospital.
"Bukti utama menunjukkan suspek adalah warga Bangladesh dan selepas memasuki India secara haram, dia menukar namanya," kata timbalan pesuruhjaya polis, Dixit Gedam, pada sidang media.
Nama sebenarnya adalah Mohammad Shariful Islam Shehzad dan bekerja dengan sebuah agensi pengemasan selepas datang ke bandar itu, lima atau enam bulan lalu.
Polis akan mendapatkan perintah tahanan suspek untuk siasatan lanjut, tambahnya.
Terdahulu, media melaporkan Saif, 54, ditikam enam kali oleh penceroboh ketika cubaan pecah rumah di rumahnya.
Akibatnya, Saif terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami luka tikaman di tulang belakang, leher dan tangannya, kata doktor.
Polis di Mumbai menahan seorang suspek utama pertama dalam serangan itu pada Jumaat.
Manakala, polis di negeri tengah India Chhattisgarh menahan suspek kedua pada Sabtu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan