"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak dibunuh kerana beragama Islam

REUTERS
Penyerang yang didakwa Joseph Czuba (kiri) dan mangsanya, Wadee Alfayoumi (kanan) berusia 6 tahun. - Foto AGENSI
Penyerang yang didakwa Joseph Czuba (kiri) dan mangsanya, Wadee Alfayoumi (kanan) berusia 6 tahun. - Foto AGENSI
WASHINGTON: Ibu kepada kanak-kanak lelaki Palestin-Amerika berusia enam tahun yang dibunuh pada Oktober 2023 dalam satu kejadian tikaman semalam memberi keterangan bahawa penyerang anaknya berkata mereka mesti mati kerana beragama Islam.

Perbicaraan kes pembunuhan di Illinois itu bermula semalam yang disifatkan sebagai antara insiden jenayah kebencian paling awal dan terburuk di Amerika Syarikat (AS) sejak sekutunya, Israel, melancarkan serangan ketenteraan ke atas Gaza susulan serangan Hamas pada Oktober 2023.

Aktivis hak asasi manusia turut melaporkan peningkatan Islamofobia dan antisemitisme.

Pemilik rumah keluarga itu, Joseph Czuba, 73, didakwa atas tuduhan membunuh dan melakukan jenayah kebencian, namun mengaku tidak bersalah sebelum ini.

Polis dan pendakwa raya berkata Czuba mensasarkan Wadee Alfayoumi, 6, dan ibunya, Hanan Shaheen, kerana agama mereka serta sebagai tindak balas terhadap perang Israel-Gaza.

Dalam kejadian itu, Shaheen turut mengalami beberapa tikaman tetapi terselamat.

"Dia berkata, kamu, sebagai seorang Muslim, mesti mati,' kata Shaheen ketika memberi keterangan, menurut laporan media tempatan.

Pendakwa dari Pejabat Peguam Negeri Will County, Michael Fitzgerald, turut mengemukakan rakaman panggilan 911 dalam perbicaraan itu.

"Tuan rumah sedang membunuh saya dan anak. Saya berada di dalam kamar mandi menunggu kamu," kata wanita itu dalam rakaman yang dimainkan di mahkamah, menurut CBS Chicago.

Czuba bagaimanapun masih berdiam diri. Pendakwa berkata Alfayoumi ditikam 26 kali menggunakan pisau tentera.

Beberapa insiden berlaku di AS sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap anti-Arab termasuk cubaan menenggelamkan seorang kanak-kanak perempuan Palestin-Amerika berusia tiga tahun di Texas dan kes tikaman terhadap seorang lelaki Palestin-Amerika di Texas, serangan terhadap seorang lelaki Muslim di New York.

Selain itu turut dilaporkan ialah serangan ganas terhadap penunjuk perasaan pro-Palestin di California, insiden tembakan di Florida yang menyasarkan dua pelawat Israel selepas suspek tersilap menganggap mereka sebagai warga Palestin, serta kejadian tembakan di Vermont membabitkan tiga pelajar Palestin-Amerika.
-bharianonline

Tiada ulasan: