Malaysiakini
SPRM dilaporkan menyita wang tunai lebih RM100 juta dari sebuah rumah milik bekas pegawai Ismail Sabri Yaakob.
Perkembangan itu hadir di tengah-tengah penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.
NST, memetik sumber yang mengatakan wang tunai yang dirampas itu disimpan dalam beberapa beg dan peti besi di rumah berkenaan.
SPRM dilaporkan sedang meneliti sumber wang yang dirampas dan sama ada terdapat sebarang kaitan dengan dana politik.
Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa siasatan itu adalah kesinambungan siasatan terhadap kontrak bagi mempromosi konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan ketika pentadbiran Ismail.
Ini selepas empat pegawai Ismail ditahan reman oleh SPRM.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM 2009, yang berkaitan kesalahan memberi atau menerima rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan