"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat Hud Aryan ditemui selepas azan dilaung beberapa kali di sungai

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Laporan BH Online mengenai kehilangan Hud Aryan
Laporan BH Online mengenai kehilangan Hud Aryan
TANAH MERAH: "Allah SWT meminjamkan Hud Aryan kepada kami selama 19 bulan sebelum Allah menariknya semula," kata Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42.

Azean Suhaili Sisiliawati adalah ibu saudara kepada kanak-kanak, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila, di sini, sekitar jam 4.15 petang tadi selepas dilaporkan hilang sejak malam kelmarin.

Beliau yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hud Aryan berkata, mayat mangsa dijumpai selepas azan dilaungkan beberapa kali di sungai itu.

"Saya turut menaiki bot bersama polis dan bomba. Ketika berada di sungai itu, kami melaungkan azan. Tidak lama kemudian, pasukan yang berada di lokasi lain tidak jauh dari kami, hubungi memaklumkan bahawa mayat Hud Aryan ditemui.

"Allahuakbar, tidak tahu nak rasa macam mana tetapi kami sekeluarga reda. Allah sayangkan Hud Aryan.

"Saya tatap Hud Aryan... mayatnya lengkap dan masih elok berpakaian," katanya sambil menahan sebak.

Beliau turut bersyukur kerana penantian mereka sekeluarga terjawab walaupun berat untuk menerima ujian berkenaan.

"Setakat ini, keluarga tidak tahu bila jenazah Hud Aryan akan dikebumikan kerana mayatnya masih di hospital dan akan dibawa ke Unit Forensik sekejap lagi," katanya ketika ditemui di Hospital Tanah Merah (HTM), di sini.

Terdahulu, operasi SAR Hud Aryan yang memasuki hari ketiga, berakhir selepas 45 jam kanak-kanak itu dilaporkan hilang, apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Tiada ulasan: