"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua rentung, dua melecur kebakaran bilik transformer kilang

Meor Riduwan Meor Ahmad
Anggota bomba memadamkan kebakaran bilik transformer di sebuah kilang. Foto NSTP/ ihsan JBPM Melaka.
Anggota bomba memadamkan kebakaran bilik transformer di sebuah kilang. Foto NSTP/ ihsan JBPM Melaka.
@bhnews@bh.com.my
MELAKA: Dua pekerja warga Bangladesh rentung manakala dua lagi terselamat dalam kebakaran bilik transformer di Kilang Panasonic di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, di sini, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 10.08 pagi.

Menurutnya, seramai 12 anggota, dua jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan Cheng dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, sejurus tiba jam 10.20 pagi di kilang terbabit, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik transformer di bahagian atas bangunan dua tingkat.

"Komander operasi memaklumkan keluasan bilik transformer itu terbakar 40 peratus dan terdapat empat mangsa yang juga pekerja warga Bangladesh.

"Dua mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan dan cedera melecur manakala dua lagi rentung dan masih belum dapat dikeluarkan kerana api masih marak," katanya memaklumkan operasi pemadaman masih dilakukan.

Tiada ulasan: