"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi sambilan dibunuh disyaki kerana cemburu

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
ANGGOTA polis melakukan siasatan di tempat kejadian. FOTOMeor Riduwan Meor Ahmad
ANGGOTA polis melakukan siasatan di tempat kejadian. FOTOMeor Riduwan Meor Ahmad
Melaka: Cemburu disyaki motif penyanyi sambilan mati dibunuh di rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima aduan pada 12.31 tengah hari.

Beliau berkata, saksi memaklumkan terdengar pertengkaran antara mangsa dengan seorang lelaki di dalam bilik mereka, Jumaat lalu, namun tidak mengesyaki apa-apa.

Katanya, saksi bagaimanapun mengetuk dan membuka pintu bilik rakan serumahnya itu sebelum mendapati mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.

"Turut berada di dalam bilik itu adalah seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit kejadian itu, juga dalam keadaan berbaring dan cedera.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku berpunca daripada salah faham antara mangsa dengan suspek berusia 54 tahun itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Christopher berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Polis turut merampas dua pisau disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan V Somsundram di talian 06-2842222," katanya.

Tiada ulasan: