"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki dibakar hidup-hidup di Times Square, New York

Malaysiakini 
story-image
GLOBAL l Seorang lelaki berusia 45 tahun dibakar hidup-hidup di Times Square pada awal pagi semalam. Kejadian di New York itu berlaku tiga bulan selepas seorang wanita mati dibakar di dalam kereta api bawah tanah di bandar raya itu.

Menutut The Guardian, rakaman dari tempat kejadian memaparkan detik-detik lelaki yang tidak berbaju itu dan mengalami kecederaan lecur teruk dan dibawa oleh pihak berkuasa ke dalam ambulans selepas api pada tubuhnya dipadamkan.

Polis berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditemui terbakar sekitar jam 4 pagi dan dibawa ke hospital berhampiran dalam keadaan stabil. Penyerangnya didakwa melarikan diri dari tempat kejadian dan sedang diburu pihak berkuasa. Namun, setkata ini, mereka belum dapat mengesahkan sama ada serangan ini dilakukan secara rawak atau disasarkan.

Menurut penyiasat tempat kejadian, lelaki tersebut dilaporkan disiram dengan bahan pembakar dari botol tequila Patron sebelum api dinyalakan. Mangsa kemudian berlari sejauh 100 kaki ke arah barat dalam keadaan terbakar sebelum seseorang melompat keluar dari kereta dan menyiramnya dengan alat pemadam api, kata marsyal bomba yang ditemu bual oleh New York Post.

Seorang wanita dari Brooklyn, Anne Lee, 26, memberitahu media keadaan di Times Square pada awal pagi adalah “agak menakutkan”.

“Ya, ia agak menakutkan sebelum jam 8 atau 9 pagi.

“Tiada polis sama sekali di blok ini, khususnya di jalan-jalan tepi. Mereka hanya berada di jalan utama dan memberi arahan kepada pelancong,” katanya.

Keganasan jalanan berkemungkinan menjadi isu dominan dalam pemilihan Datuk Bandar New York tahun ini, dengan seorang pesaing, bekas gabenor negeri Andrew Cuomo, menggelar bandar itu "di luar kawalan" dan berikrar untuk menambah 5,000 pegawai tambahan.

Datuk Bandar sekarang, Eric Adams, berkata isu hari ini bukan mengenai kekurangan polis, tetapi sebaliknya perubahan undang-undang ikat jaminan yang ditandatangani oleh bekas gabenor itu.

“Statistik menunjukkan jenayah di bandar itu semakin rendah,” katanya.

“Berhenti mengatakan bandar kita berada dalam ‘kekacauan dan krisis’! Ia tidak benar,” kata Adams minggu lalu.

Tiada ulasan: