FMT Reporters
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail menegaskan komitmen berkhidmat walaupun ada menyebut bekas ahli Umno itu bakal bertanding di kawasan itu.
Penegasan Rodziah Ismail dibuat susulan laporan mencadangkan PKR akan meletakkan Tengku Zafrul Aziz bertanding kawasan Parlimen di Selangor pada PRU akan datang.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rodziah Ismail menegaskan komitmen berkhidmat di Ampang di sebalik spekulasi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, mungkin akan bertanding di kerusi itu pada PRU akan datang.
Wakil rakyat PKR itu dalam kenyataan, berkata beliau kekal fokus berkhidmat kepada rakyat Ampang, kerusi dimenanginya pada PRU15 pada 2022.
“Hampir tiga tahun diberi kepercayaan warga Ampang di Parlimen.
“Pengalaman pahit 2022 mengajar kita – Amanah rakyat tidak boleh dikhianati.
“Saya terus komited membangunkan Ampang, bersama komuniti, mengembalikan ‘Pesona Ampang, dan pastikan suara anda jadi prioriti,” katanya.
Minggu lalu, Tengku Zafrul mengumumkan keluar Umno dan menyuarakan hasrat menyertai PKR.
Memetik pemimpin akar umbi, China Press melaporkan PKR berkemungkinan meletakkan Tengku Zafrul bertanding kerusi Parlimen di Selangor, mengambil kira PRU dijangka diadakan sekitar setahun lagi.
Antara kerusi disebut adalah di Ampang, yang ketika ini disandang Rodziah.
Pada Februari, FMT memetik sumber sebagai berkata, Tengku Zafrul dijangka akan bertanding kerusi bandar Selangor pada PRU, dengan Ampang menjadi pilihan utama.
Kawasan lain yang turut dipertimbang adalah Petaling Jaya dan Pandan, kedua-duanya disandang Ahli Parlimen PKR.
Rodziah, ahli politik berpengalaman dan bekas exco Selangor, menang di Ampang dengan majoriti lebih 20,000 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan