"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat warga Pakistan samun stesen minyak direman

SITI A'ISYAH SUKAIMI
Empat suspek warga Pakistan dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam bagi permohonan reman, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!
BUKIT MERTAJAM – Empat warga Pakistan termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh, Selasa lalu.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh di Mahkamah Bukit Mertajam, di sini hari ini, sehingga 17 November ini.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan menerusi dua serbuan berasingan di ibu negara bermula petang semalam hingga awal pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, 10 November lalu di sebuah stesen minyak, Jalan Samagagah, Permatang Pauh.

Siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menggunakan modus operandi meminta sumbangan wang daripada orang awam yang berada di kawasan stesen minyak sebelum bertindak melakukan samun.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 43 tahun dipercayai mengalami kecederaan sebelum barangan peribadinya dilarikan. Jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan dianggarkan sebanyak RM10,000. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: