"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah hina sultan, ‘black ops’ kaum kembali bermain api

Harapandaily
LIYANA MARZUKI

Saya terima mesej WhatsApp seorang rakan, minta komen gambar yang tular, dengan imej Sultan Selangor ditekap muka khinzir.

Mesej dia sinis. “Yang ini pun komen dan hentam jugak la Cik Kak. Jangan pilih bulu.” Marah sungguh bunyinya tu.

Selepas menerima mesej daripadanya, perkara pertama yang saya teringat ialah amaran “little birds” tempoh hari bahawa “Indian Wave” sudah berakhir dan “Chinese Wave” pula bakal menyusul.

Gerakan halus bawah tanah, yang dibayar buat fitnah untuk laga-lagakan kaum dan agama.

Sasaran mereka satu-satu kaum pada satu masa. Itu yang buat ‘gelombang’.

Kita pun tahu propagandis Ratu Naga PN pernah dedahkan dengan bangga, mereka peroleh untung juta-juta untuk buat kerja jahat ini.

Sebab kita ni geng tak pajak otak. Bila satu berita datang, kita semak fakta, “fact check” ia.

True enough, ada influencer yang terlebih dahulu dah semak serta sahkan ini fitnah.

Gambar yang dibuat itu menggunakan akaun palsu, seolah-olah datang dari akaun sebenar persatuan kaum Cina.

Saya pun dah mengkaji sendiri, dan page itu pun lesap dari muka bumi. Sahlah ini suatu operasi ‘black ops’, selalunya dari war room jahat politik.

Pecah dan perintah

Kita perlu sedar dan tahu, apabila tidak berkuasa, naratif politik kaum dan agama akan kuat diguna untuk pecah dan perintah kita.

Namun, apabila sudah berkuasa, mereka guna pula pendekatan harmoni menggalakkan perpaduan.

Contoh, adakah pemimpin semasa sudah dapat kerusi PM, mainkan lagi sentimen kaum?

Sebaik sahaja mereka berkuasa, mereka terus mempromosikan slogan seperti 1Malaysia, Keluarga Malaysia, Malaysia Prihatin dan Malaysia Sejahtera.

Ada yang dah berkuasa, kena tanya pasal hudud terus dikatakan “soalan setang”.

Namun, apabila mereka tiada kuasa, tengokkan akal mereka. Menghasut dan menghina kaum lain dah jadi seperti zikir harian.

Ingatlah. Sejarah tidak pernah memaafkan mereka yang memecah-belahkan rakyat. Tambah dengan adu domba dan fitnah kaum dan agama. Dengan sengaja mahu melihat negara porak peranda demi kuasa.

Rakyat Malaysia dah makin bijak. Black Ops kaum dan agama ni orang dah boleh check dah.
Cuma fitnah macam ni senang tersebar kerana dia menyentuh emosi kita.

Kalau laskar siber politik jadi agen penyebar fitnah, golongan atas pagar (GAP) patut jadi agen anti-fitnah dan counter-propaganda.

Wajib kita sebagai warga yang cintakan negara, tolong sebarkan fakta dan maklumat sebenar.
Fitnah mungkin menang sehari,

tetapi kebenaran sentiasa menang dalam sejarah.

Dirgahayu Malaysiaku. Moga Tuhan lindungimu selalu.

Tiada ulasan: