Zikri Kamarulzaman
Kerajaan negeri Negeri Sembilan kehilangan majoritinya dalam badan perundangan negeri selepas 14 Adun BN menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun dari Pakatan Harapan (PH).
Sembilan belas kerusi diperlukan untuk majoriti mudah dalam badan perundangan yang mempunyai 36 kerusi itu, dan PH hanya mempunyai 17.
Dua senario yang mungkin berlaku.
Senario yang pertama ialah BN mungkin memaksa PH untuk menyokong salah seorang Adun parti mereka sebagai menteri besar baru.
Walau bagaimanapun, sekiranya PH enggan, senario kedua yang mungkin berlaku ialah gabungan pimpinan Umno itu akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), yang mempunyai lima kerusi DUN di Negeri Sembilan.
Sekumpulan penyokong lantang dalam Umno telah mendesak kerjasama dengan PN atas nama perpaduan Melayu, dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mewujudkan "kolobrasi agung" sebagai respons.
PN dijangka mengadakan sidang akhbar petang ini, dan spekulasi bertiup kencang bahawa kerjasama BN antara yang akan diumumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan