Harian Metro

Serdang: Seorang penuntut wanita yang tular kerana duduk di belebas tingkap tingkat satu sebuah asrama di sini, semalam, disyaki mengalami gangguan keresahan sehingga bertindak di luar kawalan.
Bagaimanapun tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan berjaya memujuk dan menurunkan wanita berkenaan dengan selamat.
"BBP Seri Kembangan berjaya menyelamatkan pelajar perempuan berusia 19 tahun di tingkat satu sebuah bangunan asrama di Seri Kembangan.
"Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi pada 7.45 pagi, anggota berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan," katanya dalam hantaran di Facebook.
Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pusat pengurusan asrama untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 8.06 pagi hari sama.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial yang mendakwa ibu mangsa memaklumkan anaknya mengalami tekanan akibat dibuli.
"Maaf ya, itu anak saya, dia ada anxiety dan dalam rawatan Hospital Serdang selama ini, dia asalnya kena buli, bila terjadi lagi dia macam stress.
Diabetes akan hilang selamanya! Hanya lakukan ini dua kali sehari
"Dia tak sedar pun dia buat semua tu..maaf ya, terima kasih atas komen semua, doakan anak saya baik-baik sahaja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan