"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hati-hati, lubang benam muncul di Wangsa Maju

KOSMO!
Tangkap layar kejadian lubang benam dipercayai berlaku di sekitar Wangsa Maju.
KUALA LUMPUR – Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju berhampiran simpang empat Wangsa Walk di sini, petang tadi.

Berdasarkan video tular di laman Threads, lubang tersebut kelihatan agak dalam selain mempunyai saliran air di bawah permukaan jalan.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Setakat ini, pihak bomba memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Dalam masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca kejadian atau tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: