Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah stor di Kampung Pasir Hor, di sini, tahun lalu.
Tertuduh, Nur Muhammad Hafuza Ahmad Sadri, 23, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rogol ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah bilik stor di Kampung Pasir Hor, di sini, jam 2 pagi, pada 13 Ogos 2025.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyimie Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hanis Mohamad Shariff.
Terdahulu, Mohd Hanis memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan