BORHAN AHMAD
Pemuda AMANAH mengecam ahli Umno yang baru diterima semula menyertai parti itu, Khairy Jamaludin dengan menyifatkannya sebagai bercakap umpama dia presiden Umno.
Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda berkata, KJ hanya baru sahaja diterima menyertai Umno tetapi apabila bercakap seolah-olah dia pemimpin parti itu.
“Baru masuk semula parti dah buat kenyataan macam dia presiden,” kata Hasbie (gambar atas) menerusi facebook beliau.
Bagi Hasbie, lama atau sekejap kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Umno biarlah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti bukannya ahli biasa yang tidak mempunyai sebarang jawatan.
“Lama atau sekejap biar pucuk pimpinan kedua-dua coalition putuskan. Bukan kuasa kamu,” kata Hasbie.
Dalam satu berita yang disiarkan, Khairy mendakwa, kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) hanya sementara sahaja.
Khairy baru sahaja diterima semula sebagai ahli Umno selepas dipecat dari parti itu apabila mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menjelang pilihan raya umum ke 15 lalu.
Beliau juga kalah dalam PRU-15 lalu di kerusi Sungai Buluh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan