"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penggali kubur bergurau jadi jenazah, tertimbus tanah

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan penggali kubur itu tertimbus tanah selepas bergurau menjadi jenazah. - TikTok
JAKARTA – Seorang penggali kubur di Indonesia berdepan detik cemas apabila tertimbus tanah selepas bergurau dengan berbaring dalam keadaan mengiring seperti jenazah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian dikongsi di platform Instagram oleh akaun @pojoksatu.id menunjukkan seorang lelaki sedang menggali kubur di sebuah tanah perkuburan. 

Dia kemudian berbaring secara mengiring dan meletakkan kedua-dua tangannya pada dada sambil membuat ekspresi muka yang pelik. 

Situasi berubah menjadi cemas apabila sebahagian tanah tiba-tiba runtuh dan menimbus seluruh badannya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan bergurau,” kata seorang netizen. 

“Nak bergurau boleh tetapi berpada-pada,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tiada ulasan: