"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penuntut kolej swasta maut jatuh tingkat 22 kondominium

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penuntut kolej swasta maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman, berkata premis kediaman jenis kondominium itu dijadikan sebagai asrama bagi penuntut kolej swasta berkenaan.

Katanya, mangsa yang juga penuntut semester pertama kolej berkenaan dilihat tiba di lokasi kejadian jam 7.07 pagi.

"Kira-kira 8.50 pagi, pihak polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Hasil siasatan awal serta penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa tiba di kediaman terbabit jam 7.07 pagi, sebelum terjatuh dari koridor di tingkat 22," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 18 tahun terjatuh di aras enam kondominium terbabit dan disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Katanya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Tiada ulasan: