"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baling batu hingga pecahkan cermin kereta, seorang lelaki ditahan polis

FMT Reporters

Ketua Polis Cheras Rosdi Daud berkata suspek kini direman tiga hari untuk siasatan.
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek melakukan perbuatan khianat dengan membaling batu ke arah sebuah kenderaan di Lebuhraya Sungai Besi Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membaling batu ke arah sebuah kenderaan dalam kejadian tular di Lebuhraya Sungai Besi KL-Seremban, petang semalam.

Ketua Polis Cheras, Rosdi Daud, berkata suspek yang juga seorang juruteknik berusia 30an ditahan di Sungai Besi kira-kira 1.15 pagi tadi.

Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit hingga cermin belakang kenderaan itu pecah.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada semalam kira-kira 2 petang.

“Motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya apabila suspek tidak berpuas hati dan mendakwa kenderaannya dihimpit pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek kini direman tiga hari sehingga 1 September untuk siasatan selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Tiada ulasan: