FMT Reporters
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu tular video berdurasi 38 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Polis menyiasat satu kejadian pergaduhan tular di media sosial yang membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Terdahulu tular video berdurasi 38 saat sebuah kereta yang dipandu laju merempuh sebuah kereta lain yang berada di tempat parkir.
Kejadian itu menyebabkan sekumpulan lelaki mengamuk dan menghentak cermin pintu kereta dengan topi keledar.
Ia mencetuskan pergaduhan antara lelaki terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan