BERNAMA

Seorang lelaki maut apabila treler yang dipandu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter berhampiran Ladang Serasa, Gua Musang, hari ini.
GUA MUSANG – Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan itu terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 20 meter berhampiran Ladang Serasa, di sini, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, PBK II Nurhidir Kasim, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.11 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 65 kilometer dari balai bomba itu.
“Anggota perlu menggunakan kren daripada pihak swasta untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dan operasi ditamatkan pada pukul 12.29 tengah hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan