"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: 30 minit pujuk wanita panjat tingkat empat tangki air

ROHANA MOHD. NAWI
Che Mazlan (tengah) memujuk seorang wanita berkenaan yang cuba terjun dari bangunan tangki air di Rumah Perlindungan Wanita Zon Timur, Taman Al Muttaqin Mukim Lundang dekat Kota Bharu, hari ini. Foto IHSAN BOMBA
KOTA BHARU – Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai mengalami tekanan emosi diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) daripada terjatuh dari bangunan tangki air setinggi empat tingkat di Rumah Perlindungan Wanita Zon Timur, Taman Al Muttaqin Mukim Lundang, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang apabila wanita berusia 52 tahun itu yang menaiki bangunan tersebut untuk melakukan cubaan bunuh diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan Che Mohamad berkata, beliau dan anggota bomba pada mulanya memujuk wanita terbabit dari bawah, namun gagal sebelum bertindak memanjat tangga struktur tangki air setinggi empat tingkat itu.

Katanya, siasatan mendapati, wanita itu mengalami tekanan perasaan dan menghidap sakit pada bahagian dalam perut selepas melarikan diri daripada majikannya sebelum ditempatkan di rumah perlindungan tersebut.

“Saya cuba memujuk dan bertanya masalah yang dihadapi sepanjang kira-kira tujuh bulan berada di rumah perlindungan itu. Wanita itu kemudian mengadu dia kerap sakit perut, namun tiada orang yang menghiraukannya.

“Kami ambil masa kira-kira 30 minit untuk pujuk wanita itu turun dan kemudian menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut ,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Che Mazlan memberitahu, berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang dalam perbicaraan mahkamah sementara menunggu untuk dihantar pulang ke negara asalnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: