Sinar Harian

Menurut JBPM, kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal yang merangkumi tiga kampung, iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama. - Foto JBPM Sabah
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tiga mangsa kanak-kanak yang rentung merupakan dua beradik dan sepupu.
Pengarah Mohd Pisar Aziz berkata, kebakaran melibatkan 202 rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta, di sini, pada Ahad, telah dikenal pasti identitinya.
"Mangsa Mohd Asrul Abdullah, 6 dan Nana, 4, adalah adik beradik dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8, adalah sepupu kepada kedua-dua beradik tersebut," katanya dalam kenyataan.
Setakat ini, jumlah sebenar rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan.
"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, 202 rumah musnah dan tiga dilaporkan hilang.
Dua mangsa kanak-kanak telah ditemui sebelum seorang lagi turut ditemukan oleh pasukan bomba yang melakukan pencarian. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan