"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Lelaki didakwa aniaya isteri

NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Tertuduh didakwa melakukan pertubuhan luar tabii tanpa kerelaan terhadap isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii tanpa kerelaan terhadap isterinya pada dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 30-an membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik tidur sebuah rumah di daerah Marang pada pulul 11 malam, 2 Disember 2024. Dia turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada pukul 10 malam, 4 Disember 2024 di lokasi sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM15,000 dan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Dia juga dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu mangsa serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 15 haribulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asymawi Ghazali manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohd. Hazrin Alif Wahab. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: