"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal karam di Laut Jawa: Enam maut, 129 masih hilang

KOSMO!
PASUKAN penyelamat memindahkan seorang mangsa kapal penumpang Virgo Transport 8, yang terbalik semasa membawa 243 orang dalam pelayarannya dari Surabaya ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam. - AFP
JAKARTA – Enam orang disahkan terkorban dan 129 lagi masih hilang dalam kejadian kapal terbalik dan karam dipukul ombak besar di Laut Jawa, Indonesia, semalam kata pasukan penyelamat.

Feri Virgo Transport 8 yang membawa 213 penumpang serta 30 anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan pada awal pagi semalam, selepas berlepas dari Surabaya, Jawa Timur menuju ke Kalimantan 

Agensi Pencarian dan Penyelamatan Nasional Indonesia (Basarnas) mengesahkan enam orang terkorban dan 129 lagi masih hilang.

Seramai 108 orang lagi berjaya diselamatkan.

Seorang mangsa yang selamat, Rinto Arahap, 33, menceritakan suasana cemas dan kelam-kabut berlaku sebaik sahaja kapal mula sengert pada kira-kira jam 2:00 pagi (waktu tempatan). 

“Orang ramai mula panik. Ada yang memanjat meja, ada yang bertolak-tolakan antara satu sama lain,” katanya.

“Ramai penumpang sedang tidur apabila kapal itu mula senget, dan saya mendengar bunyi seolah-olah besi patah kira-kira lima jam selepas pelayaran bermula,” katanya.

Tambahnya, dengan ombak setinggi lebih dua meter, orang ramai mula menjerit dan berebut jaket keselamatan semasa kapal itu semakin senget.

Jelanya lagi tiada sebarang amaran daripada anak kapal. 

“Sebaliknya, ada individu yang mengambil inisiatif menjerit, ‘Oh, kapal dah senget, senget, senget’,” terangnya. – AFP

Tiada ulasan: