"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Ikan keli terjatuh dari lori bertaburan atas jalan

Nurul Fatihah Sulaini
 
Tiga tan ikan keli yang Afrika yang tular bertaburan di atas jalan raya berhampiran sebuah sekolah menengah di Kampung Padang Luas, Besut.- Foto ihsan pembaca, media sosial
BESUT: Foto tular memaparkan ikan keli hidup bertaburan di atas jalan raya bukan disebabkan ikan berkenaan naik ke darat, sebaliknya terjatuh dari sebuah lori.

Perkara itu disahkan Hamimi Shahira Nor Sanadi, 29, adik ipar kepada pemilik ikan terbabit, dengan kejadian berlaku berhampiran sebuah sekolah menengah di Kampung Padang Luas, di sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Katanya, ikan terbabit sepatutnya dihantar menggunakan lori ke sebuah kolam ikan yang baharu dibuka berhampiran kawasan Pelagat bagi tujuan pertandingan memancing.

“Pada awalnya pemandu lori tidak sedar ikan terjatuh, sehinggalah tiba di kolam sebelum dia berpatah balik.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori terlanggar bonggol jalan sebelum pagar lori pecah dan ikan bertaburan di atas jalan,” katanya ketika dihubungi.

Hamimi berkata, orang awam turut membantu mengutip semula ikan berkenaan dan menyerahkannya kepada pemandu lori sebelum semuanya selesai kira-kira jam 12 tengah hari.

“Tidak ada ikan mati dalam kejadian itu, namun ikan yang diselamatkan kini diletakkan semula dalam kolam lain untuk menjalani proses pemulihan kerana ada yang cedera,” katanya.

Tiada ulasan: