"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjara 10 tahun, jual daging babi di kota suci

AFP

Penjual daging ditangkap dengan 75kg daging didakwanya lembu di bandar Najaf.
Seorang peniaga memotong daging di kedainya di Iraq. (Gambar EPA Images)
NAJAF: Mahkamah di Iraq memerintahkan seorang penjual daging dipenjara 10 tahun kerana menjual daging babi sebagai daging lembu di Najaf, kota suci bagi orang Syiah.

Majlis Kehakiman Agung Iraq berkata lelaki itu ditangkap bersama 75kg daging babi.

“Mahkamah jenayah Najaf memerintahkannya dipenjara 10 tahun kerana menjual daging yang tidak sesuai untuk dimakan,” menurut Majlis itu.

Iraq tidak mengharamkan penjualan daging babi di negara itu yang mempunyai penduduk minoriti beragama kristian.

Mahkamah mengasaskan keputusannya berdasarkan undang-undang pada 1998 yang mengharamkan penjualan “daging anjing atau keldai atau daging lain… yang tidak sesuai untuk dimakan manusia.”

Najaf menerima jutaan orang setiap tahun yang menziarah makam Imam Ali yang juga menantu Nabi Muhammad s.a.w.

Penahanan penjual daging yang ditahan bulan ini, menarik perhatian umum dengan segelintir rakyat Iraq menggesa pemantauan keselamatan makanan lebih tegas, namun tidak kurang juga yang mengongsikan gambar khinzir dengan kapsyen “di sinilah Najaf”.

Penduduk Najaf, Ahmad al-Mansouri antara yang tertipu sempat berseloroh: “Saya rasa sepanjang beberapa tahun ini saya lebih banyak termakan daging babi berbanding lembu atau kambing.”

Menurutnya, beliau pada mulanya membeli sekilo daging cincang yang didapatinya “berkualiti tinggi” menyebabkannya menjadi pelanggan setia penjual berkenaan.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu dia ditahan kerana menjual daging babi,” katanya.
-FMT

Tiada ulasan: