"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Dua kanak-kanak maut, dua lagi selamat, insiden jatuh longkang

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
FOTO tular dua kanak-kanak lemas manakala dua lagi terselamat selepas jatuh longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim.
FOTO tular dua kanak-kanak lemas manakala dua lagi terselamat selepas jatuh longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim.
Kulim: Dua kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas, manakala dua lagi dihantar ke hospital selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, hari ini.

Dua kanak-kanak yang terselamat masing-masing berusia lapan dan 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian dengan anggota dari Balai Polis Sungai Karangan menerima maklumat berhubung insiden pada 7.30 malam.

Katanya, anggota ke lokasi dan mendapati dua mangsa sudah dibawa ke hospital, manakala dua orang lagi meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada ulasan: