"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jubah tersangkut ‘sprocket’ motosikal, dua beranak maut

KOSMO
CEBISAN kain corak batik berwarna hijau yang dipercayai sebahagian daripada pakaian mangsa tersepit pada gegancu rantai belakang motosikal Honda Supra X 125 dalam kemalangan yang mengorbankan dua beranak di Jogjakarta, semalam. - KOMPAS.COM/DANI JULIUS 
JAKARTA – Seorang ibu dan anak perempuannya terkorban selepas motosikal dinaiki mereka terbabas akibat baju jubah yang  dipakai tersangkut pada gegancu rantai roda belakang kenderaan dua roda itu di Jalan Purworejo-Wates, Jogjakarta semalam, lapor laman berita Kompas.

Dalam kejadian  sekitar pukul 2.50 petang (waktu tempatan) itu, mangsa dikenali sebagai K, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala anak perempuannya dikenali dengan singkatan HAS, 21, pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Wates.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Kulon Progo, Sarjoko berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Supra X 125 yang ditunggangi HAS sedang bergerak dari arah Kulwaru menuju ke Wates sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Motosikal terbabas ke bahu jalan sebelah kiri selepas pakaian atau jubah panjang yang dipakai pembonceng tersangkut pada gegancu rantai roda belakang.

“Impak kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya,” katanya. 

Seorang saksi kejadian bernama Sri Waluyatmi berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas terdengar bunyi dentuman kuat sejurus selesai menunaikan solat.

“Apabila tiba di sana, saya melihat orang ramai mula berkumpul dan kedua-dua mangsa sudah terbaring di atas jalan,” katanya. – AGENSI

Tiada ulasan: