KOSMO

GAMBAR IOM menunjukkan petugas membantu mangsa bot karam yang terselamat di perairan Djibouti semalam. – AFP
NAIROBI – Sekurang-kurangnya 139 imigran termasuk 15 kanak-kanak terkorban, manakala 84 labgi hilang apabila sebuah bot sarat dengan penumpang karam ketika belayar dari Djibouti menuju Yemen.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, bot membawa 305 orang dengan sebahagian besar imigran merupakan warga Ethiopia itu karam di utara bandar Obock, Djibouti pada malam antara 8 hingga 9 Oktober lepas.
“Mangsa terselamat memberitahu saya bahawa bot mula tenggelam sebaik sahaja mereka menaikinya.
“Ini adalah kehilangan nyawa yang sangat memilukan,” kata ketua misi IOM di Djibouti, Alexandre Coissac.
Antara 109 mayat ditemukan lebih awal termasuk 52 lelaki, 42 wanita dan 15 kanak-kanak.
Seramai 82 orang terselamat dalam kejadian itu dengan kesemua mereka rakyat Ethiopia, demikian menurut angka korban terkini. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan