Nurul Fatihah Sulaini

Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam ditemukan di kawasan pekarangan masjid di Kuala Besut, di sini, hari ini. Foto Polis
BESUT: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam ditemukan di pekarangan sebuah masjid di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.25 pagi.
Menurutnya, bayi itu ditinggalkan di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut.
“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis bergegas ke lokasi untuk membuat siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi perempuan berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat di dalam sebuah beg kain di pekarangan masjid.
“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bayi itu disahkan sihat sebelum dibawa ke Hospital Besut oleh petugas kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan