"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cerita dari Galas


Lagi tiga hari nak penamaan calon untuk kerusi DUN Galas dalam Gua Musang, tetapi penduduk-penduduk di-'sleepy town' ini sudah mula terganggu dengan kehadiran kereta-kereta dan kenderaan-kenderaan luar serta macam-macam jenis punya muka-muka yang mereka tidak kenal mula masuk ke Gua Musang.


Galas, dahulunya dikenali sebagai Hulu Kelantan, saiznya adalah lebih besar dari negeri Melaka. Populasi Galas dihuni oleh mereka yang yang kebanyakan adalah peladang, penoreh-penoreh getah, pekerja-pekerja yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan juga pekerja-pekerja yang bekerja dalam sektor yang bersangkut dengan pembalakan.


Ada dua orang gurkah-gurkah politik di'port' telah ditugaskan untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang padan patut yang boleh digunakan untuk tujuan pilihanraya kecil ini yang baru kembali dari Galas kelmarin dengan bermacam-macam cerita menarik.


Walaupun pekan Galas ni macam pekan 'cowboy' atau pekan hantu, namun kes-kes ragut dikatakan selalu juga terjadi dan begitu juga dengan kes-kes pecah rumah. Dan ada juga cerita yang gaji seorang penoreh getah di Galas boleh mencapai 200 ringgit satu hari. Woww..!!


Yang akan menjadi tumpuan untuk didirikan bilik-bilik gerakan oleh parti-parti yang bertanding dan yang terlibat dalam pada pilihanraya kecil dalam Gua Musang dari seluruh Malaysia ini ialah, di dua kawasan perumahan iaitu Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi yang lebih dikenali sebagai Damansara Heights Gua Musang.


Gurkah-gurkah ini sudah cakap yang sewa sebuah rumah teres di Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi ini untuk kegunaan parti-parti politik yang terlibat pada PRK ini telah mencecah diantara 6 ribu sehingga 15 ribu ringgit untuk satu bulan, manakala sewa untuk sebuah bilik pula boleh mencapai sebanyak 3 ribu ringgit. Kadar sewa rumah dan bilik itu telah di-naikan sehingga 1,000 %.


Memandangkan pilihanraya kecil yang tak pernah berlaku disini, orang-orang Galas memang pandai mengambil kesempatan pada situasi ini untuk mencekik orang-orang politik dari bandaraya dan lain-lain bandar yang mahu kesini.


dollah yankee -

mengikut maklumat yang diterima gurkah-gurkah politik di'port', pengundi disini telah mengharapkan agar PAS/Pakatan Rakyat dapat meng'Galas' harapan mereka. 

Maut berebut siaran TV

PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.
PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.

SIRAM...Zakaria menyiram air di pusara anaknya, Muhammad Naili.
SIRAM...Zakaria menyiram air
di pusara anaknya, Muhammad Naili.
KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan 
banyak darah disebabkan kecederaan teruk.
Ketika kejadian, hanya tiga beradik itu tinggal di rumah berikutan ibu mereka, Noranita Abdul Rauf, 37, menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumah mereka manakala bapa mereka di tempat kerja.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, anak kedua daripada tiga beradik bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun kerana berebut siaran televisyen.

Menurutnya, kakak sulung mangsa pada mulanya mahu meleraikan pergaduhan itu, tetapi memarahi dan menampar pipi kanan mangsa menyebabkan dia berang.


“Dua beradik itu berlari ke luar rumah sehingga berlaku cabar-mencabar sebelum kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap dan mengacukannya ke arah mangsa bagi menakutkannya.

“Namun, tiba-tiba kaca berkenaan terlepas daripada genggaman gadis itu lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk meraung meminta pertolongan dan kejadian itu disedari jiran mereka yang bergegas menghantarnya ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk bedah siasat.

“Laporan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah pada arteri femoral di lipatan pangkal paha kanannya,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kakak mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-hmetro-

Najib akui tuduhan terhadap PR, karut

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.