"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah Rayuan Tangguh Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan Persekutuan sedang mendengar rayuan Zambry Kadir dari UMNO untuk mendapatan perintah mahkamah bagi melarang Nizar Jamaluddin menjalankan tugas-tugas Menteri Besar Perak.

Panel hakim bingkas bersetuju mendengar permohonan itu sejurus selepas peguam Zambry menfailkan rayuan itu pagi tadi.

Peguam Nizar,  Sulaiman Abdullah hanya mengetahui mengenai persetujuan hakim mendengar permohonan itu secara kebetulan apabila beliau berada di mahkamah untuk kes lain.  

Adalah difahamkan peguam Zambry menfailkan permohonan itu sebagai “ex-parte” supaya hakim boleh menimbang meluluskan perintah mahkamah berkenaan tanpa kehadiran peguam Nizar.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar perak yang sah, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.

Sehubungan itu, Nizar meyambung semula tugas sebagai Menteri Besar pagi tadi.

Beliau telah memohon untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya negeri dapat diadakan.

TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: