"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Politik Wang Tidak Wujud Dalam PAS - Mutafa Ali

Irwan Muhammad Zain  

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti. 

Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno. 

Tiada ulasan: