| Bekas penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran begitu gembira sekali apabila mendapat tahu bahawa baki tiga lagi pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan. Tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan hari ini ialah Pensihat Hindraf, P Uthayakumar; ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan dan setiausaha organisasinya, T Vasanthakumar. “Tuhan akhirnya memakbulkan doa supaya pemimpin kami dibebaskan. Saya mengucapkan terima kasih kepada menteri berkenaan kerana membebaskan mereka," kata Thanenthiran kepada Malaysiakini. (manusia bodoh saja yang sanggup mengucapkan terima kasih kepada perompak, setelah perompak tersebut memulangkan semula barang yang dirompak)-KERENGGA Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengarahkan pembebasan dua lagi pemimpin Hindraf - V Ganabatirau dan R Kengadharan - sejurus selepas beliau dilantik memegang jawatan berkenaan. Lima pemimpin Hindraf itu ditahan pada December 2007 selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di ibunegara pada Kuala Lumpur. “Hishammuddin sepatutnya melakukannya (membebaskan semua tahanan ISA) sekarang. Beliau pasti mencipta sejarah jika membebaskan semua tahanan (ISA)," katanya. Sementara itu, Uthayakumar dijangka menubuhkan sebuah parti politik baru. Strategi baru itu merupakan alasan utama pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy merombak barisan kepimpinan Hindraf, termasuk peletakan jawatan Thanenthiran sebagai penyelaras nasional pergerakan itu. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Uthaya mungkin tubuh parti baru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan