"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasarudin dan Zaki dicalonkan untuk ketua pemuda


KUALA LUMPUR, 11 Mei: Sehingga kini, sudah dua nama dicalonkan untuk menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Zaki Ibrahim (bendahari sekarang) dan Nasarudin Hassan (timbalan ketua sekarang).

Muktamar Pemuda PAS Kelantan baru-baru ini mencalonkan bekas ketua mereka iaitu Mohd Zaki Ibrahim sebagai calon Ketua Pemuda PAS.

Muktamar Pemuda PAS Selangor, Pahang dan Terengganu mencalonkan Nasarudin Hassan sebagai ketua.

Untuk jawatan timbalan, anak Mursyidul Am, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicalonkan oleh Pemuda PAS Selangor manakala Pemuda Terengganu pula mencalonkan Azman Shapawi (naib sekarang) manakala Pemuda PAS Pahang mencalonkan Sabky Yusof.

Untuk naib ketua, Terengganu mencalonkan Sabky Yusof (setiausaha sekarang) manakala Pahang mencalonkan Nik Abduh.

Tiada ulasan: