"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: J/K Sivakumar jatuh hukuman penjara ke atas Ganesan

Jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak dari Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya Speaker BN, Datuk S Ganesan dihukum enam bulan pejara kerana memegang jawatan speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, turut mengesyorkan Ganesan didenda RM500,000 atau enam bulan penjara.

Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan sebelum pembubaran DUN, kata jawatankuasa enam anggota itu, yang sekali lagi terpaksa bermesyuarat di sebuah hotel, selepas tidak dibenarkan
memasukibangunan Perak Darul Ridzuan.

"Berkuatkuasa hari ini, Ganesan mesti berhenti bertindak sebagai speaker dan mesti mengosongkan pejabat speaker. Beliau juga mesti menyerah balik kereta rasmi speaker.

"Beliau juga tidak dibenarkan masuk DUN pada bila-bila masa pun," Kata Sivakumar

Sivakumar juga menegaskan bahawa beliau sebagai speaker yang sah, boleh mengarahkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Ganesan, tetapi "kita tidak akan mengambil tindakan tersebut dan akan menyerahkan kepada DUN untuk memutuskan nasibnya".

-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: