"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guan Eng: Syarat Baru Untuk Kepentingan Awam PDC

YUSMAWATI MHD YUSOF
PULAU PINANG, 4 MAC
- Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan syarat baru dalam borang A bagi tender yang dikeluarkan untuk projek di bawah Perbadanan Pambangunan Pulau Pinang (PDC) bertujuan melindungi kepentingan awam perbadanan itu dan kerajaan negeri.

Perkara itu dijelaskan Ketua Menterinya, Lim Guang Eng selepas beberapa dakwaan oleh pelbagai pihak termasuk, Perdana Menteri Najib Razak kononnya beliau telah menyalahgunakan kuasanya dengan menetapkan syarat itu.

Guan Eng berkata PDC perlu mengunapakai syarat berkenaan sepanjang masa sehingga perjanjian rasmi ditandatangani bagi mengelak daripada sebarang perkara-perkara yang mencurigakan.

“Mana-mana kontrak boleh dibatalkan tanpa sebab tetapi tentunya pampasan atau kos kerja-kerja yang dibuat mesti dibayar gantirugi. Sehingga sekarang tidak ada seorang kontraktor membuat aduan, semua setuju dan terima kerana kontraktor yang kita lantik mereka bersih.

“Masalahnya ialah pihak yang di hati mereka ada ‘hantu’ mungkin mereka lihat baik-baiklah...yang berhati bersih mereka jalankan kerja dan semua berjalan lancar. Saya nasihatkan mereka, kalau buat kerja secara baik tiada masalah dan kalau hendak bincang isu pentadbiran ini jumpa pegawai PDC, tiada masalah,”katanya.

Menurutnya, syarat baru itu juga bukan dibuat tanpa justifikasi dan setakat ini tiadak ada kontraktor menyuarakan ketidakpuasan hati atau membantah syarat itu.

Malah sehingga kini beliau juga tidak pernah menamatkan sebarang penganugerahan tender yang dikeluarkan sebelum ini.

“Tamat kontrak tanpa alasan dianggap salahguna kuasa, saya rasa Perdana Menteri telah mendapat gambaran yang salah, sehingga sekarang tidak ada sebarang kontrak dibatalkan tanpa sebab. Apa yang dilakukan PDC adalah satu usaha baru tetapi telah lama dijalankan di kalangan syarikat-syarikat besar,”katanya.

Syarat baru yang diwujudkan dalam borang A itu membenarkan penamatan sesuatu kontrak dibuat dengan arahan Pengerusi PDC pada bila-bila masa tanpa perlu sebarang alasan diberikan.

Guan Eng berkata, pengurusan pentadbiran yang dilaksanakan kini dilihat sebagai satu keperluan bagi melindungi PDC daripada sebarang manipulasi, penyelewengan dan rasuah demi melindungi kepentingan awam dan bukannya untuk alasan yang tidak munasabah.
-tvselangor-

Tiada ulasan: