"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno perlukan sokongan bukan Melayu rampas balik Selangor

Neville Spykerman

SHAH ALAM, 6 Mac: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) percaya Umno memerlukan loncatan radikal di luar lingkungan sokongan tegar pengundi-pengundi Melayu untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam usaha menguasai kembali Selangor dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin Umno Selangor ini juga berkata, partinya memerlukan pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula Selangor yang kini diterajui Pakatan Rakyat.

“Dari sudut politik, kaum Melayu akan terus berpecah... jadi Umno perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu,” kata bekas menteri besar Selangor kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan di pejabatnya sempena dua tahun kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mempamerkan prestasi yang lebih baik, sekali gus mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak mengatakan akan mencapai kemenangan sapu bersih... tapi saya percaya, boleh katakan mempunyai peluang lebih baik (untuk kekalkan kedudukan semasa),” kata beliau apabila ditanya bagaimana beliau melihat peluang bagi PR Selangor jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

PR membentuk kerajaan negeri dengan kerjasama PKR, PAS dan DAP selepas memperoleh 36 daripada 56 yang diperuntukkan untuk Selangor.

Baki 20 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan 18 daripadanya oleh Umno manakala dua lagi oleh MCA.

Menurut Khir, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menunjukkan pengundi Melayu terdiri daripada 56 peratus penduduk di Selangor manakala ada lagi kir-kira 700,000 orang yang layak tetapi masih belum mendapat sebagai pengundi.

Daripada jumlah itu, sermaia 500,000 orang merupakan kaum Melayu.

Kehilangan Selangor, negeri paling moden dan paling kaya di Malaysia jatuh ke tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu dilihat sebagai satu tamparan kepada Umno-BN, di mana ada pihak yang menyalahkan perubahan sokongan bukan Melayu sebagai punca.

“Pemimpin-pemimpin utama Umno termasuk perdana menteri sudah pun menuju ke arah ini tetapi mesejnya belum sampai ke bawah,” kata Khir lagi.

Sehubungan itu, menurut beliau walaupun sudah dua tahun pilihan raya umum berlaku tetapi Umno kelihatan belum ada pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula negeri itu.

“Pemimpin-pemimin Umno di peringkat bawah gelisah dan mahu bergerak ke depan tetapi tiada gelombang atau pelan hala tuju untuk mereka,” katanya.

Malah menurut Khir, beliau menyokong Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan menafikan wujudnya pergeseran membabitkan kedua-dua mereka.

Khabar angin kedengaran sudah wujud masalah dalam Umno Selangor ekoran pergeseran antara kumpulan diketuai oleh Noh yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Khir.

“Ia tidak benar... Noh Omar mengetuai Umno Selangor,” kata Khir apabila ditanya siapa yang sebenarnya mengetuai parti di peringkat Selangor.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: