"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno ditolak di Sarawak

Anak Sengat
Najib terpaksa memulakan kempen pilihan raya Sarawak dengan menyatakan secara terbuka bahawa umNO tak perlu ke Sarawak.

Sebenarnya kenyataan Najib itu sama seperti seorang lelaki tua yang berpenyakit kusta , buta dan lemah seluruh tenaganya, hanya bernafsu besar nak kahwin muda dengan seorang gadis jelita lagi berharta. Walaupun cuba meminang beberapa kali namun ditolak oleh si gadis.

Demi menyelamatkan maruah dan kemaluan yang besar terpaksalah lelaki cacat tadi menyatakan bahawa dia tak perlu kahwin dengan gadis jelita itu. Sebenarnya gadis itulah yang menolaknya.

Walaupun rakyat Sarawak yang kaya dengan minyak itu jauh dari pembangunan dan mereka amat mengharapkan bantuan, namun mereka tetap tak "kelapaq" parti umNO. Jika umNo mahu memberikan bantuan dan sumbangan mestilah menggunakan nama anak angkat dari pelbagai parti yang bernaung di bawah BN.

Kenyataan Najib dilaporkan memulakan kempennya dengan janji :Selagi parti tunggak komponen BN negeri disokong oleh rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat, UMNO tidak akan wujud di Sarawak, kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan agung ke-12 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching hari ini. (malaysiakini)

Seakan Najib tahu, jika umNO berhasrat ke Sarawak, rakyat Sarawak akan turut menolak parti sekutu umNO. Ia juga dilihat ancaman kepada rakyat Sarawak jika mereka menolak parti sekutu umNO. umNO akan datang...ertinya umNO adalah parti yang ditakuti oleh rakyat Sarawak

Berbeza dengan PAS, PKR dan DAP, mereka datang dengan wajah dan rupa sendiri. Mereka tidak berlindung di balik wajah orang lain. Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ini diterima oleh rakyat Sarawak walaupun dengan bilangan yang tidak memungkinkan mereka menang kecuali beberapa kerusi yang dimiliki DAP. Hakikatnya PAS , PKR dan DAP wajar berbangga dan melihat masa depan mereka yang cerah.

umNO terpaksa bergantung dengan orang lain yang boleh saja berubah sokongan kepada mana mana parti yang mereka percayai. Benih uMNO adalah benih hina yang ditolak oleh penduduk Sarawak. Itulah harga diri penduduk Sarawak yang sekian lama dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional . Jika sekiranya kerajaan persekutuan dikuasai oleh parti lain tentu sahaja sokongan itu akan berubah juga.

Keadaan ini tidak jauh dengan apa yang berlaku di Sabah. denga tipu muslihat akhirnya umNO bertapak di Sabah. Haris Saleh terpaksa dikorbankan. Beliau sekali lagi digunakan ketika rakyat Sabah melihat pengkhianatan umNO, maka Haris menubuhkan Bersekutu demi memanjangkan hayat umNO di Sabah.

Rakyat Sarawak mungkin dilihat tidak maju, namun mereka tetap menolak umNO yang berpenyakit kusta dari bertapak di Bumi Kenyalang.

Tiada ulasan: