"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia perlukan pelaksanaan syariat Islam

Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Perjalanan jauh pulang dari Tehran ke Kuantan memanglah memenatkan, namun ianya sudah biasa atau "mangli" bagi saya menghadapinya.

Apa yang saya mahu nyatakan bahawa kali ini sangat berbeza, bukan sahaja penat jasad menggalas bag dan terperosok di kerusi sempit mengharungi perjalanan sejauh itu [biarpun dengan kapal terbang], tetapi penat dan letih minda dan perasaan ini tatkala saya membaca akhbar Berita Harian yang disediakan oleh Penerbangan MAS dari KLIA ke Kuantan.

2. Lebih resah dan gelisah apabila saya membaca Harian Metro yang disuakan oleh anak saya sejurus saya sampai ke rumah sebentar tadi.

Tentunya sekadar menggeleng kepala dan mengeluh dianjung rumah tidak boleh merubah apa-apa tetapi apalagi yang mampu saya lakukan buat masa ini sebaik membaca dua akhbar tersebut.

Bahkan bukan hanya hari ini tetapi kelmarin, hari sebelumnya dan sebelumnya malah saya percaya perkara yang sama akan terpampang di dada akhbar itu esok, lusa, hari selepasnya dan selepasnya sebagaimana saya percaya bahawa ia juga bukan hanya di Berita Harian dan Harian Metro tetapi juga media-media cetak dan elektronik yang lain turut melaporkan berita seumpamanya dengan kes-kes yang lain pula.

3. Jelasnya Malaysia dan sebahagian rakyatnya telah hilang nilai budi serta peri kemanusiaan. Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh, perkosa, ragut, rompak, samun, dera, buli, khianat , seksa , bunuh diri , ugut , pukul , langgar lari , culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini.

Bahkan percaya atau tidak, kalian boleh lihat bagaimana tiada sehari pun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi-tragedi tersebut. Ertinya jenayah-jenayah ini berlaku setiap hari "non stop" dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam, semakin hari semakin bertambah kes jenayah.

4. Saya ambil contoh hari ini [5 mac 2010] sebagai "penyelidikan kes" [dan saya cadangkan kepada semua supaya memerhatikan setiap hari bagi hari-hari selepas ini],

a] muka depan Berita Harian: Budak 18 bulan [K Haresvarran a/l S Karigalan] mati dipukul dan dipijak jiran sehingga pecah hatinya dan tulang rusuknya patah 6.

b] muka 15 Berita Harian: seorang wanita ditemui mati dengan lehernya dijerut dan dikelar di tepi jalan dalam kebun tebu di Kampung Hamid Tuah Jalan Ikan Yu Teluk Gong Pandamaran Klang.

c] muka 15 Berita Harian: Seorang wanita [Suhana Mohd Shariff 26'] maut ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang wanita lain yang disyaki teman rapatnya.

d] muka 15 Berita Harian: Dua pelajar dirogol dalam kejadian berasingan dan seorang daripadanya dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan mangsa hanyalah berusia 13 tahun dan ianya berlaku dalam daerah Batu Gajah.

e] muka 15 Berita Harian: Seorang wanita warga emas [Siti Bidah Hussain 56'] ditemui mati dan dipercayai dibunuh akibat dipukul dengan senjata tumpul dalam kejadian di taman Harmoni Berangan Tumpat Kelantan.

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tiada ulasan: