"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMK Kedah, P Pinang desak Zulkifli letak jawatan

Mohd Sabri Said
KULIM BANDAR BAHARU, 6 Mac:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah dan Pulau Pinang bersatu mendesak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meletakkan jawatannya yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu bagi membolehkan rakyat memilih ahli parlimen yang baru.

Kedua-dua kepimpinan berkenaan berkumpul di Tadika Kampung Selama, dekat sini dengan membawa poster mendesak Zulkifli meletakkan jawatan segera.

Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Rizal Hamid berkata, desakan itu bukan sahaja ditujukan kepada Zulkifli tetapi juga kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri yang mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sebagai simbolik, pada perhimpunan itu turut membakar poster yang bertulis perkataan ‘Zulkifli tidur’, Zulkifli tak buat kerja’, ‘Zulkifli tak turun padang’ dan lain-lain.

Tiada ulasan: