"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pandangan Rakyat Miskin Perlu Di Dahulukan...

budak_perak

Mutaakhir ini kita dengar kerap isu lompat-melompat ini .. Walau bagaimanapun mereka masih wakil rakyat di tempat mereka , kerana system yang ada membolehkan bagi mereka menduduki kerusi Adun atau Parliman di kawasan tersebut.

Kami masih menekankan disini patut ada satu undang-undang yang berkenaan dengan wakil rakyat yang suka lompat-melompat ini. Jika kita ikutkan prinsip amanah dan prikemanusiaan tak kira parti apa yang mereka sokong, kerja sebagai wakil rakyat ini perlu amanah dan jujur menjalankan tugas mereka. Jika mereka tidak mampu untuk itu , mereka perlu letak jawatan dan kita pilih sesiapa juga yang layak untuk menyambungnya. kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan , dan ianya bukan sekadar slogan sahaja..

PKR perlu memberi lebih ruang dan peluang kepada PAS pada masa PRU13 nanti oleh kerana prestasi yang tidak konsisten yang di tunjukkan oleh sesetengah wakil rakyat dari parti tersebut yang mengencewakan rakyat yang menyokong PR khususnya.

Rakyat telah memberi kepercayaan kepada PKR, PAS, dan DAP pada PRU12 yang menyebabkan parti kompenan BN yang kalah teruk pada PRU12 lalu dan beberapa negeri telah tumbang lalu mereka merasa tidak tenteram lagi .

Dahulunya BN amat selesa dengan mendapat undi majoriti yang besar pada setiap PRU yang mereka lalui sebelum ini , Namun sekarang BN sudah hilang nikmat merasa keselesaan tersebut kerana tercabar atas penolakan rakyat kepada parti mereka disebabkan prestasi yang tidak mesra rakyat dan tindakan yang membelakangkan rakyat umumnya yang menyebabkan mereka tewas .

Namun bagaimanapun PR (Pakatan Rakyat ) yang dianggotai oleh parti PAS, PKR dan DAP janganlah merasa selesa kerana mereka pun tidak dikecuali boleh jatuh kembali kerana persepsi rakyat dimana mandat dan amanah yang diberikan kepada mereka iaitu wakil dari parti ada yang mempermaikan.

Mengikut prestasi BN sekarang masih tidak mesra rakyat, disebabkan dengan pelbagai isu dan perlaksanaan yang tidak boleh diterima akal bagi rakyat miskin . Kita menantikkan plan jangka masa panjang untuk rakyat di mana ketika rakyat tertekan berikutan kos sara hidup sekarang terlalu tinggi. Dan pendapatan mereka tidak mengikut kadar yang sepatutnya jika di bandingkan dengan kos sara hidup sekarang.

Mereka lebih pentingkan pada projek untuk manaikkan nama pemimpin dan mempromosikan peribadi dari pada menyelesaikan isu rakyat miskin dan sederhana . Seolah-olah bagi mereka inilah masanya untuk menaikkan nama individu dalam parti masing-masing dengan menggunakan wang rakyat yang sepatutnya mereka tolong .

Berikutan pada masa sekarang peruntukan untuk pendidikan sudah dikurangkan. Dan saya cadangkan kerajaan negeri PR perlu perihatin dan pertimbangkan dalam sudut apa sahaja untuk cuba membantu rakyat yang perlu bantuan. Inilah masanya bagi kerajaan Pakatan Rakyat perlu menggambil peluang untuk membela rakyat miskin dan berlaku adil pada rakyat di negeri mereka supaya kepercayaan rakyat terhadap PR semakin mantab dan sukar untuk dijatuhkan ..

Bagi wakil rakyat PR perlulah lebih berusaha turun ke kawasan dimana mereka wakili supaya boleh mendapat maklumat dari kumpulan sasar iaitu rakyat khususnya . Kerana mereka inilah dan disamping mendapat pertolongan Allah anda boleh berada disitu .

http://mbrm.blogspot.com

Tiada ulasan: